Khamis, November 21, 2024

Profil Korporat

Mohd Asrol Sany Bin Awang Puteh

Setiausaha

Perutusan Setiausaha

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pengunjung. Terima kasih kerana melayari Portal Lembaga Kemajuan Penanam-Penamam Padi Negeri Kedah (LKPPK). Portal LKPPK ini merupakan satu daya usaha dan komitmen semua pegawai dan kakitangan jabatan ini dalam usaha merealisasikan matlamat kerajaan elektronik di dalam semua jabatan kerajaan.

LKPPK merupakan sebuah agensi kerajaan yang menjadi pemangkin utama dalam membantu para petani khususnya di negeri Kedah.

Portal ini juga merupakan salah satu usaha LKPPK dalam usaha menyediakan saluran capaian maklumat terkini berkaitan perkembangan dan berita jabatan ini. Saya berharap portal ini mampu berperanan sebagai penyebar informasi yang efisyen untuk semua pengguna.

Akhir kata saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan jabatan yang komited dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam merealisasikan matlamat negara kearah kerajaan elektronik. Sekian, terima Kasih.

Sekian, terima Kasih.

Prakata

LKPPK adalah agensi Kerajaan Negeri Kedah terawal di negeri ini yang berperanan memberi pertolongan kepada petani-petani. Diasaskan penubuhannya oleh petani-petani sendiri berikutan penurunan harga padi oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1955.

Mereka bangun berjuang, menuntut supaya kerajaan memberikan bantuan di atas kerugian yang mereka alami akibat penurunan harga tersebut. Hasil perjuangan gigih mereka, kerajaan bersetuju memberikan bantuan. Mereka bersepakat supaya wang tersebut tidak terus diberikan kepada petani terlibat seperti kebanyakkan negeri, sebaliknya dicadangkan penubuhan sebuah institusi untuk manafaat dan faedah yang berpanjangan kepada petani terlibat.

Kerajaan Negeri Kedah bersetuju dengan cadangan tersebut pada 15 Disember 1955, maka tertubuhlah Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah di bawah Enakmen No 1 Tahun 1375 (1955).

 
0 +

Tahun Ditubuhkan

Sejarah penubuhan

Institusi terawal, jawatankuasa penyiasat, kumpulang wang dan pejabat pertama pada tahun 1955

Institusi Terawal

Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah adalah sebuah institusi terawal di negeri Kedah dan diasaskan penubuhannya oleh orang-orang Melayu, bertujuan membantu para petani, khususnya penanam-penanam padi. Gerakan penubuhannya tercetus ekoran penurunan harga padi oleh kerajaan persekutuan pada tahun 1955. iaitu dari RM 17.00 menjadi RM 12 sepikul. Insiden penurunan ini menimbulkan keresahan dan rasa tidak puas hati di kalangan petani kerana pendapatan mereka terjejas.

Walaupun keadaan negara masih darurat ketika itu dan setiap pergerakan atau aktiviti amat terhad, namun mereka tetap bangkit menyuarakan bantahan serta menuntut hak didalam beberapa siri perhimpunan yang diadakan di beberapa tempat. Bantahan juga dihantar melalui talegram serta memorandum kepada pihak kerajaan negeri dan persekutuan.

Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah adalah sebuah institusi terawal di negeri Kedah dan diasaskan penubuhannya oleh orang-orang melayu,bertujuan membantu para petani, khususnya penanam-penanam padi. Gerakan penubuhannya tercetus ekoran penurunan harga padi oleh kerajaan persekutuan pada tahun 1955. iaitu dari $17.00 menjadi $12 sepikul. Insiden penurunan ini menimbulkan keresahan dan rasa tidak puas hati di kalangan petani kerana pendapatan mereka terjejas.

Jawatankuasa Penyiasat

Kerajaan Persekutuan terpaksa menubuhkan sebuah jawatankuasa Penyiasat yang kemudiannya memperakui bahawa tindakan menurunkan harga padi telah mengakibatkan pendapatan petani terjejas. Kertas Putih bernombor 28/1955 dikeluarkan dimana kerajaan Persekutuan bersetuju memberi bantuan segera kepada golongan petani di seluruh Tanah Melayu.

Negeri Kedah telah mendapat wang bantuan sebanyak $4.6 juta iaitu mengikut jumlah keluasan bendang yang dimiliki. Kebanyakkan negeri memberikan terus wang bantuan tersebut kepada penanam-penanam padi tetapi pemimpin-pemimpin petani di Negeri Kedah mahukan peruntukan bantuan untuk negeri kedah itu dijadikan sebuah kumpulan wang yang boleh memberikan faedah dan manafaat berkekalan kepada petani-petani yang terlibat.

Kumpulan Wang

Kerajaan negeri mengumpul pendapat serta pandangan dengan mengadakan mesyuarat dengan wakil-wakil petani terlibat. Didapati kebanyakannya bersetuju dengan cadangan supaya wang bantuan tersebut dijadikan sebuah kumpulan wang. Cadangan ini dibawa ke dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri yang bersidang pada hari sabtu, 21 Syawal 1374 bersamaan 11 Jun 1955. Tujuan utama penubuhan Lembaga seperti yang dibentangkan berbunyi :

Bahawa rial yang diperuntukkan kepada negeri kedah menurut paper persekutuan no. 28/55 persekutuan Tanah Melayu (Pertolongan kepada penanam-penanam padi tahun 1955) itu patut dijadikan satu kumpulan Wang yang diuntukkan itu hendaklah digunakan terutama sekali bagi menebus tanah-tanah bersangkut dengan jual janji dan wang itu tidak digunakan bagi membayar terus dengan wang tunai kepada penanam padi menurut keluasan tanah ……….

Pejabat Pertama

Lembaga diberi kebenaran untuk bergerak. Pejabat pertama Lembaga mula beroperasi dengan menumpang di sebuah bilik di Pejabat Tanah Kota Setar dan Setiausaha Lembaga yang pertama ialah Encik Shaari Bin Mohd Daud.

Pada 15 Disember 1955, Majlis Mesyuarat Kerajaan bersetuju dan meluluskan penubuhan Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah di bawah Enakmen No. 1 Tahun 1375(1955).

Objektif Penubuhan

Tujuan Lembaga seperti mana yang termaktub di dalam Seksyen 7 Enakmen Penubuhan Lembaga ialah:

Asset 16

Visi & Misi

Berdedikasi menerajui amanah dengan satu hala tuju dalam menuju ke arah satu matlamat.

Visi

Menjadi Sebuah Organisasi Pengurusan Aset Yang Dinamik Berwawasan dan Mapan


Misi

Memaju Dan Meningkatkan Kebajikan Ahli-Ahli Persekutuan Penanam-Penanam Padi Kedah Melalui Kecekapan dan Keberkesanan Pengurusan

Falsafah

Kami Bekerja Kerana Allah, Berhikmah Untuk Insan.


Piagam Pelanggan

Akan memberi bantuan kewangan kepada ahli-ahli yang memerlukan modal bagi membeli harta tetap, jentera pertanian dan lain-lain lagi yang berasaskan kepada pertanian.


Memastikan semua permohonan pinjaman yang memenuhi syarat dan peraturan akan duluskan dalam tempoh 3 bulan.


Akan mengembalikan hakmilik cagaran dan dokumen yang berkaitan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas meyelesaian pinjaman.


Memastikan segala dokumen cagaran adalah selamat dalam tempoh simpanan kami.


Memberi layanan penuh mesra kepada pelanggan yang berurusan dengan Lembaga.


Memenuhi keperluan MS ISO 9001:1994