Empat agensi kerajaan negeri Kedah berhasrat mendapatkan bantuan Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi menjalankan kajian untuk mewujudkan program sistem maklumat berkomputer di jabatan masing-masing.
Tiga daripada agensi itu ialah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Zakat Kedah, dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).
Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah merupakan agensi pertama yang mendapat perkhidmatan UUM mewujudkan sistem berkomputernya.