Ahad, Mac 17, 2024

LKPPK sambut Jubli Emas

Agensi berjaya tingkat taraf hidup pesawah sejak ditubuhkan pada 1955 walaupun kurang diberi pendedahan oleh media

Tanggal 12 Februari lalu, Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah (LKPPK), agensi kerajaan negeri tertua yang berurusan dengan penanam padi, meraikan sambutan Jubli Emas.

Walaupun usianya sudah setengah abad dan muncul sebagai agensi yang banyak berjasa kepada pesawa di negeri jelapang padi itu sejak ditubuhkan pada 15 Disember 1955, lembaga berkenaan jarang mendapat publisiti media.

Beta dimaklumkan lembaga mempunyai aset tetap dalam bentuk hartanah yang banyak. Ada tanah yang terletak di lokasi strategik untuk pembangunan. Keadaan ini memberi petunjuk ptensi keuntungan lebih awal kepada lembaga.

Sultan Abdul Halim Muadzam Shah