Selasa, April 16, 2024

Perundangan

Maka inilah diperbuat Undang-undang ini oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan dengan nasihat dan persetujuan Majlis Mensyuarat Negeri seperti yang tersebut di bawah ini:
(1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah 1955.

(2) Enakmen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh ianya disiarkan dalam Warta.
Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-
“Lembaga” ertinya Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah yang ditubuhkan di bawah seksyen 3; dan
“Mukim” ertinya mana-mana kawasan yang ditubuhkan dengan berpatutan sebagai suatu mukim di bawah peruntukan seksyen 11 atau menurut kuasa seksyen 442 Kanun Tanah Negara 1965, adalah disifatkan sebagai suatu mukim yang ditubuhkan sedemikian.