Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pengunjung.Terima kasih kerana melayari Portal Lembaga Kemajuan Penanam-Penamam Padi Kedah,Portal LKPPK ini merupakan satu daya usaha dan komitmen semua pegawai dan kakitangan jabatan ini dalam usaha merealisasikan matlamat kerajaan elektronik di dalam semua jabatan kerajaan. Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah merupakan sebuah agensi kerajaan yang menjadi pemangkin utama dalam membantu para petani khususnya di negeri Kedah.

Portal ini juga merupakan salah satu usaha LKPPK dalam usaha menyediakan saluran capaian maklumat terkini berkaitan perkembangan dan berita jabatan ini. Saya berharap portal ini mampu berperanan sebagai penyebar informasi yang efisyen untuk semua pengguna. Akhir kata saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan jabatan yang komited dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam merealisasikan matlamat negara kearah kerajaan elektronik. Sekian,Terima Kasih.

NasranKamil Bin Noh AMk, BCK.
Setiausaha