pembiayaan 

Seksyen 7 Enakmen Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah No. 1/1955 telah menggariskan tujuan utama Lembaga iaitu memberi bantuan dan pertolongan kepada Persekutuan Penanam-Penanam Padi Kedah. Pembiayaan adalah sebahagian dari aktiviti utama bagi membantu ahli-ahli Persekutuan Penanam-Penanam Padi Kedah untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Pemohon yang ingin membuat Pembiayaan dengan Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah hendaklah memenuhi peraturan dan syarat seperti berikut:

  • Berdaftar sebagai ahli Persekutuan Penanam-Penanam Padi Kedah
  • Mempunyai hakmilik tanah yang berdaftar di dalam negeri Kedah sebagai cagaran
  • Mempunyai tujuan yang menguntungkan atau memberi faedah kepada dirinya iaitu:
    • Menyelesaikan Hutang
    •  Membeli Jentera Pembajak
    •  Memperbaiki Tanah Bendang
    •  Menambah Modal Perniagaan
    •  Membeli Tanah/Menebus Tanah
    •  Membesar atau memperbaiki rumah
    •  Membiayai persekolahan atau Pembiayaan ke Pusat Pengajian Tinggi