Selasa, April 30, 2024
 Majlis Penerangan Dan Jualan Beras Wangi Di Murtadha Dakwah Centre (MADAD)

Majlis Penerangan Dan Jualan Beras Wangi Di Murtadha Dakwah Centre (MADAD)

Dalam usaha meluaskan lagi pasaran beras wangi, LKPPK telah menyertai jualan di MADAD sempena program Kuliah Dhuha yang diadakan pada setiap hari Sabtu. Dalam program tersebut, PSU Puan Nadia Shakila berpeluang memberikan penerangan kepada jemaah yang hadir sebelum sesi Kuliah Dhuha. Jualan beras wangi D’Sempadan mendapat sambutan yang sangat menggalakan daripada peserta yang hadir. LKPPK juga dialu-alukan lagi untuk menyertai jualan di MADAD kerana permintaan beras wangi ini mendapat sambutan daripada jemaah-jemaah yang hadir pada hari tersebut