Tahap sara diri (SSL) atau pengeluaran padi negara kini berada pada anggaran 70 peratus atau lebih sedikit daripada itu dan boleh dianggap masih relevan. Bagi meningkatkan pengeluaran, antara isu yang perlu diambil perhatian termasuklah antaranya kadar pengeluaran sehektar terutama di luar kawasan jelapang dengan menambah baik infrastruktur, benih bermutu, pengairan serta kawasan penanaman yang luas.