:: Utama ::

Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah adalah agensi Kerajaan Negeri Kedah terawal di negeri ini yang berperanan memberi pertolongan kepada petani-petani.rice-farmerDiasaskan penubuhannya oleh petani-petani sendiri berikutan penurunan harga padi oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1955. Mereka bangun berjuang, menuntut supaya kerajaan memberikan bantuan di atas kerugian yang mereka alami akibat penurunan harga tersebut. Hasil perjuangaBgn LKPPKn gigih mereka, kerajaan bersetuju memberikan bantuan. Mereka bersepakat supaya wang tersebut tidak terus diberikan kepada petani terlibat seperti kebanyakkan negeri, sebaliknya dicadangkan penubuhan sebuah institusi untuk manafaat dan faedah yang berpanjangan kepada petani terlibat. Kerajaan Negeri Kedah bersetuju dengan cadangan tersebut pada 15 Disember 1955, maka tertubuhlah Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah di bawah Enakmen No 1 Tahun 1375